Bila Akak Hazrina Buat Kerja , Akak Selalu Doa Dalam Hati Moga Hasil Kerja Tangan Akak Menjadi Yang Terbaik Dan Customer Akak Puas Hati Dengan Hasilnya. Tapi Tak Semua Yang Akak Harapkan Tu Akak Dapat , Ada Jugak Yang Komplen , Tapi Akak Ambil Semua Kritikan Tu Untuk Betulkan Apa Yang Salah Dan Cuba Improve Segala Kekurangan. Bagus Untuk Kita Sebagai Usahawan Untuk Baiki Kelemahan Dalam Perniagaan Kita.Dalam Bisnes Kritikan Ni Perkara Biasa Sebenarnya! Sebab Taste Manusia Sangatlah Berbeza. Jadi Kita Sebagai Manusia Tak Dapat Nak Puaskan Kehendak Semua Pihak. Alhamdulillah!
Rekaan Pelamin Sebenarnya Amatlah Seni , Seni Tu Terhasil Dari Dalam Jiwa Akak Ketika Mendekorasi Sesuatu. Seni Halus Ini Kekadang Dapat Dilihat Oleh Orang Tahu Menilai Setiap Hasil Kerja Seni. Pemilihan Warna Juga Memainkan Peranan Penting Ketika Berdekorasi , Sebenarnya Nak Pastikan Supaya Pakaian Pengantin Match @ Padan Dengan Warna Pada Pelamin. Agak Subjektif Pada Pemilihan Warna Pelamin. Warna Pelamin Tak Semestinya Sama Dengan Warna Baju , Jika Warna Pelamin Menjadi Sebagai Warna Pembangkit Pada Baju Pengantin , Ini Menunjukkan Sasaran Warna Tema Pelamin VS Baju Pengantin Mencapai Maksud. Ada Kalanya Warna Baju Perlu Sama Dengan Sebahagian Dengan Warna Pada Pelamin , Contohnya Pada Bunga , Cukup Untuk Membangkitkan Warna Tema Pengantin. Tapi Sekiranya Warna Pada Pelamin Terlampau Banyak Dan Sama Dengan Warna Baju Pengantin, Ini Boleh Menenggelamkan Pengantin!
Jika Masih Tercari-Cari Warna Pelamin Yang Boleh ‘Match’kan Dengan Warna Baju , Akak Sarankan Agar Membuat Pilihan Warna Selamat , Contohnya Pelamin Color Pastel , Color Sebegini Akan Match Dengan Kebanyakkan Warna , SO Tak Lah Pening Sangat Nak Pikir Tentang Pemilihan Warna Kan.Wallahua’lam.
Doakan Perniagaan Akak Maju & Berkat , Moga Perniagaan Akak Dapat Memberi Menfaat Pada Orang Lain Juga , Dapat Membantu Mereka Yang Memerlukan, InsyaAllah.