Assalamualaikum…Semua manusia mahukan kehidupan yang baik kan? Kehidupan yang baik bukan bermaksud kehidupan yang tiada masalah dan ujian sebab kita hidup di dunia ni pastinya tidak akan berpisah dengan ujian, dunia ni tempat ujian. Kehidupan yang baik apabila apabila kita merasakan yang kehidupan selalu dirahmati Allah swt , kita dapat merasakan yang Allah swt selalu bantu kita dalam setiap urusan , kehidupan kita selalu dipermudahkan Allah swt , jadi kesimpulannya hidup kita selalu ada bantuan dan rahmat dari Allah swt.

Ziarah pusara tokwan kepada anak-anak akak.moga suatu hari nanti mereka ingat untuk mendoakan keampunan pada ibubapa mereka bila kami dah tiada nanti.

Apabila kita berkehendak untuk menjadikan kehidupan kita baik maka perlulah kita menjaga hubungan baik kita dengan Allah taala , bagaimana tu? Sudah semestinya dengan jalan mentaati setiap perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Jaga amalan kita , solat fardhu yang paling penting , diikuti dengan amalan tambahan seperti tahajjud , solat dhuha , sedekah hari-hari , bantu pada yang memerlukan , berbuat baik pada kedua ibubapa , taati suami , zikir ingat Allah pada setiap masa , ketika dan keadaan. InsyaAllah baru datangnya ketenangan dari dalam jiwa. Maka ketika itulah hadirnya kehidupan yang baik dengan izin dariNya.

Perlu istiqamah dalam amalan kita , kerana Allah lebih menyukai amalan yang sedikit tapi istiqamah yakni berkekalan , kerana Allah swt menciptakan manusia ni hanya untuk beribadat kepadaNya , jangan lupa ya maksud asal kita diciptakan , dunia ni jambatan untuk menuju keakhirat , mahu atau tidak kita perlu juga melalui kehidupan dunia ini untuk sampai keakhirat , bak kata Sang Sufi ‘Ya Allah , Engkaulah Maksudku , RedhaMu adalah Matlamatku.’

Moga Kita Selalu Mendapat taufik dan hidayah dari Allah swt , moga kita kekal dalam melakukan ibadah dan kebaikan selama mana kita hidup di dunia ini.

Sesungguhnya Kehidupan Dunia Ini Sementara Dan Senda Gurau. Wallahualam.