Hazrat Asma r.anha berkata bahawa Rasululah saw bersabda “Pada hari kiamat seluruh manusia akan berhimpun disuatu tempat. Apa sahaja yang diseru oleh malaikat akan dapat didengari oleh semua orang. Pada ketika itu malaikat akan menyeru, “Dimanakah mereka yang sentiasa memuji-muji Allah swt dalam kesenangan dan kesusahan? ” Setelah mendengar seruan itu maka satu golongan akan bangun dan masuk syurga tanpa hisab. Kemudian malaikat akan menyeru lagi ” Dimanakah mereka yang meninggalkan tempat tidur mereka dan menghabiskan waktu malamnya dengan beribadat? ” Lalu satu golongan lagi akan bangun dan masuk syurga tanpa hisab. Kemudian diseru lagi , ” Dimanakah mereka yang perniagaan dan jual beli tidak melalaikan mereka dari mengingati Allah swt ?” Satu golongan lagi bangun dan masuk syurga tanpa hisab.
Kisah yang sama juga diriwayatkan dalam sebuah hadith yang lain dengan sedikit tambahan bahawa akan di isytiharkan “Pada hari ini orang di padang mahsyar akan dapat melihat orang yang mulia.” Akan diseru lagi ” Dimanakah mereka yang kesibukan perniagaan tidak menghalang mereka dari mengingati Allah swt dan mendirikan solah?” ( Dur-ul-Mansthur). Hadith yang sama juga ditulis oleh Syeikh Nasar Samarqandi rahmatullahi alaih dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin. Beliau menulis setelah mereka yang tersebut diatas masuk syurga tanpa hisab maka akan muncullah dari neraka satu leher yang panjang, mempunya dua mata yang bersinar dan tersangat fasih berkata-kata. Dia akan berkata ” Aku diperintahkan untuk menangkap mereka yang mempunyai sifat sombong dan yang buruk perangainya,” Lantas dia akan menangkap mereka yang bersifat demikian dalam perhimpunan itu seperti seekor binatang memagut biji-bijian , lalu menghumbankan mereka ke dalam neraka. Kemudian leher itu akan keluar buat kali kedua dan berkata ” Aku akan menangkap mereka yang menyakiti Allah swt dan RasulNya.” Mereka ini akan di tangkap dari perhimpunan manusia itu lalu dihumban kedalam neraka. Leher tadi akan keluar kali ketiganya dan akan menangkap golongan yang membuat patung.
Setelah ketiga-tiga golongan tersebut dimasukkan kedalam neraka , maka barulah penghisaban akan dimulakan oleh Allah swt.
Wallahu A’lam.