Setiap manusia adakala pastinya berhadapan dengan suatu keadaan getir dan kesusahan. Lebih-lebih lagi di uji dengan ketakutan , kebimbangan dan keresahan. Islam sebenarnya telah mengajar bagaimana caranya kita menghadapi ujian , ini disampaikan melalui Al Quran yang mulia dan melalui lidah PesuruhNya , Nabi Muhammad s.a.w. Segala permasalahan didunia ini akan ada jalan keluarnya jika kita benar-benar meyakini bahawa segala bentuk ujian adalah dari Allah swt dan Allah swt jualah yang menyelesaikannya.
Ya memang benar , Allah swt yang datangkan ujian dan yakinlah Allah swt juga adalah sebaik-baik Penolong. Tiada yang mustahil bagi Allah swt jika Dia mahu menolong hambaNya , sebagaimana Allah swt menolong Nabi Ibrahim a.s , selamatkannya dari api , lihatlah bagaimana Allah swt menolong Nabi Musa a.s membelah lautan , Tuhan yang sama juga yang ada bersama kita hingga hari ini , iaitu lah Allah azza wajjal..
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (Al-Baqarah: 45)
Adalah menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.anhum apabila menghadapi kesusahan , mereka akan bersegera menunaikan solat. Beginilah yang diajar Baginda ke atas umat ini , jika menghadapi kesukaran maka solat adalah menjadi keutamaan. Mencari pertolongan Allah swt melalui jalan solat adalah Sunnah Nabi s.a.w. Mintalah pertolongan kepada Allah swt.
Sesungguhnya Allah swt itu maha mendengar segala keluh kesah manusia , jangan putus asa kerana Allah swt maha berkuasa keatas sesuatu.
Jangan bersedih kerana Allah swt sentiasa bersama kita , fikirkan yang positif dan yang baik-baik sahaja. InsyaAllah ketenangan akan datang dalam hidup kita. Senyum selalu ya.. Wallahu a’lam.