Aktiviti Dan Protokol Bagi Penganjuran Majlis
SOP ini merangkumi majlis kenduri perkahwinan, pertunangan, aqiqah,doa selamat, tahlil, majlis sambutan hari jadi, majlis reunion dan lain-lain majlis sosial.
Proses Menyambut Tetamu
- Menetapkan dan menandakan secara jelas laluan keluar dan masuk tetamu terutamanya bagi penganjuran majlis di tempat terbuka seperti dalam suasana kampung dan rumah persendirian.
- Kaunter saringan kesihatan hendaklah di wujudkan di pintu masuk bertujuan memastikan bilangan kehadiran, membuat pemeriksaan suhu badan, saringan gejala batuk, sakit tekak,selesema dan sesak nafas. Tetamu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celcius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.
- Petugas,penganjur,pramusaji dan jurufoto juga perlu menjalani saringan kesihatan.
- Petugas dikaunter saringan kesihatan juga perlu memastikan para tetamu membersihkan tangan (hand sanitize) dan merekod kehadiran tetamu.
- Semasa para tetamu menunggu giliran dikaunter saringan, penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter mesti dipatuhi.
- Penganjur dan tetamu digalakkan memakai pelitup muka.
- Mengawal pintu masuk dan kehadiran peserta yang masuk ke ruang majlis.
- kehadiran tetamu hendaklah tidak melebihi 250 peserta atau kurang, tertakluk pada saiz keluasan ruang dan penjarakan sosial.
Pendaftaran Tetamu
- Semua penganjur majlis mesti mendaftarkan tetamu untuk simpanan dan rekod sekiranya berlaku kes jangkitan. Digalakkan menggunakan imbasan QR code melalui aplikasi lain yang bersesuaian.
- Kehadiran tetamu dari kalangan bayi dan kanak-kanak tidak digalakkan.
Ruang Majlis
- Melakukan pembersihan dan disinfeksi mengikut garis panduan KKM sebelum dan selepas majlis di seluruh kawasan luar dan dalam dewan,kerusi dan meja tetamu, meja hadiah,alatan catering,pelamin,tandas dan mana-mana kawasan, permukaan atau alatan yang kerap disentuh.
- Memastikan tempat pengajuran majlis mempunyai pengudaraan yang baik.
- Susunan antara meja makan dengan jarak 2 meter. Penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter bagi kerusi dan meja.
- Sebarang penyediaan makanan adalah sama ada hidang,dome setting atau buffet yang diselia oleh pramusaji yang di tetapkan oleh penganjur untuk mencedok makanan ke pinggan tetamu atau secara pack food.
- Pramusaji mesti memakai pelitup muka semasa menghidangkan makanan.
Sesi Fotografi
- Sesi fotografi dengan penjarakan sosial pada satu-satu masa dan dikendalikan oleh individu yang ditetapkan oleh penganjur/pengantin/pengurusan dewan.
Ketika Majlis Berlangsung
- Mengambil kedudukan seperti yang telah ditanda atau di tetapkan oleh penganjur.
- Mengelakkan sembang dekat (close conversation)
- Beratur mengambil makanan secara tertib dalam kedudukan penjarakan 1 meter dan mengurangkan komunikasi semasa mengambil makanan yang di sediakan.
- Makan dalam kedudukan penjarakkan dan tidak terkumpul semasa makan.
- TIdak bersesak di dalam lif atau tandas atau mana-mana ruang di tempat majlis di anjurkan.
- Dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum dan selepas majlis.
- Meninggalkan tempat majlis dengan teratur dan tidak bersesak-sesak.
Sumber Rujukan MKN & KKM.